Monday, 4 July 2011

Cinta Yang Terindah

Cinta telah menjadi senandung
di lisan orang yyang tulus beriman
dan nyanyian indah dalam catatan
orang yang mencintai Tuhannya
                            Bezanya,
                            cinta mereka
adalah cinta mulia dan terhormat.....




Sebahagian masyarakat beranggapan bahawa orang yang komitmen pada syariah dan agama tidakmengenal cinta,tidak menghargainyadengan sebenar-benar penghargaan dan tidak mengetahui hakikatnya.


                                Aduh! merepeknya mereka berkata begitu.

          Lupakan mereka,cinta telah menjadi senandung di lisan orang yang tulus beriman dan nyanyian indah dalam catatan orang yang mencintai tuhannya.Bezanya,cinta mereka adalah cinta mulia dan terhormat.

           Cinta yang diukir oleh orang soleh dengan air mata mereka ,ditulis para pejuang kebenaran dengan darah mereka,dan dilukis oleh oran-orang yang mulia dengan cucuran keringat mereka.Maka nama mereka pun terakam dalam lipatan sejarah dan menjadi monumen pengorbanan,keberanian dan ketulusan.

          Justeru dalam bab ini,budak blogger cuba mengecilkan sedikit ruang lingkup kecintaan itu kepada pesona cinta manusiawi yang terbahagi kepada dua iaitu:

         Pertama,cinta bumi yang rendah iaitu luapan nafsu dan asmara.

        Kedua,cinta Illahi yang tinggi iaitu ketaatan,ibadah,kesyahidan dan kepimpinan.

       Cinta bumi yang rendah hanya terikat pada zahir,iaitu pada mata hitam,lesung pipi,badan seksi,lembah yang hijau,kenangan bersama si fulanah,hari-hari bersama fulan dan sebagainya

       Sedangkan cinta Illahi terikat dengan syariat-Nya,ketundukan pada perintah-Nya,melaksanakan agama-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya.

      Cinta bumi hanya penderitaan,keluhan,kerugian dan penyesalan.Cinta Tuhan Alam adalah ketinggian,kemuliaan,keselamatan,kebahagiaan dan kepimpinan.

     Bagaimana mungkin kitatidak mencintai ALLAH,padahal segala nikmat yang kita rasakan adalah dari-Nya,dan tiada musibah yang meimpa kecuali Dia yang menentukannya??

   Hanya Dia-lah Yang Maha Baik.Ketentuan-Nya sangat adil,syariat-Nya membawa rahmat,ciptaan-Nya sangat indah,karya-Nya sangat sempurna dan kurniaan-Nya sangat luas.Lantaran itu,mencintai-Nya wajib hukumnya,mendekatkan diri kepada-Nya adalah kemestian,bersyukur kepada-Nya adalah kepastian dan taat kepada-Nya adalah ketetapan.

 Sebahagian dari orang-orang yang bercinta menjauhi cinta haram dan menjalin cinta syari"i yang suci dan terjaga.ia berpindah dari jagat kedustaan,dunia keasmaraan,kegelapan cinta picisan dan tempat dan tempat penuh dosa menuju Syurga kejujuran,taman ma"rifah(pengenalan),kebun keyakinan dan luasnya medan keimanan......


<dakwah Islami>
     

No comments:

Post a Comment